Monday, November 15, 2010

Dari Nikotin ke Klorin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi yang saya anggap sangat penting dalam hidup saya. Dari Nikotin ke Klorin ?. Apa maksudnya ? Nikotin ke Klorin bagi saya adalah penyelesaian kepada ketagihan perokok yang ingin berhenti merokok secara drastik.


Sejujurnya saya telah belajar merokok ketika saya baru melangkah ke alam Universiti. Perasaan ingin tahu dan darah muda yang ingin mencuba mendorong saya melakukannya. Pendapat yang difikirkan merokok nampak segak, mempunyai sifat kelakian atau pun kita gelarkan sebagai 'cool' kebiasaanya menggalakkan perokok belajar untuk menjadi perokok.

Bermula pada umur 18 sehingga lah umur mencecah 25 tahun saya menjadi perokok. Ketika saya terfikir untuk berhenti merokok adalah semasa saya berniaga sendiri. Membuatkan saya berfikir untuk memperbaiki keadaan diri sendiri dari segi kesihatan dan kecergasan. Saya tidak pasti dengan perokok yang lain.. tapi setelah hampir 8 tahun saya menjadi perokok saya merasakan dada saya semakin sempit dan nafas semakin pendek. Saya juga teringatkan pendapat dan teori yang sangat saya percaya sehingga kini iaitu " Badan cergas, Otak Cerdas ".

Saya datang daripada keluarga yang tidak merokok, hanya arwah datuk saya sahaja yang merokok. 2 orang Pakcik yang masih merokok. Kebanyakan yang lain tidak merokok. Keluarga dan orang tersayang memang menggalakkan saya berhenti merokok. Tetapi kebanyakan kawan saya merokok. Maka mungkin itulah sebabnya saya merokok.. untuk menyesuaikan diri. Bukanlah alasan tetapi keadaan. Saya bertanggungjawab sepenuhnya diatas pemilihan habit merokok saya, bukan kawan-kawan. Sekiranya saya mempunyai pendirian yang teguh, saya tidak akan terpengaruh.

Akan tetapi tujuan saya menulis artikel ini ialah untuk membantu perokok pulih kepada keadaan asal sebelum merokok. Cara melaksanakan pengurangan habit merokok berperingkat- peringkat. Saya berjaya berhenti merokok bermula pada bulan 10,2009.. sehingga hari ini bulan 11, 2010.. 1 tahun dan 1 bulan. Saya berasa bangga pada pencapaian saya.

Permulaan langkah untuk berhenti merokok ialah mempercayai sepenuhnya dalam diri dan jiwa sesungguhnya kita akan menjadi insan yang lebih sempurna dari segi kesihatan. Paru-paru kita akan lebih sihat dan segar bugar selepas berhenti merokok. Ini bukanlah teori tetapi adalah pengalaman yang telah saya rasakan sendiri. Saya merasakannya kerana saya memilih sukar renang untuk menggantikan tabiat merokok saya. Dari Nikotin ke Klorin. Dan saya rasakan ianya sangat lah efektif. Sukan renang sememangnya memerlukan paru-paru kita berada dalam keadaan sihat dan saya tidak pernah lagi menjumpai perenang yang menghisap rokok.


Saya belajar berenang di kolam kompleks sekitar lembah Klang dan Putrajaya. Coach saya ialah pakcik saya. Permulaan saya belajar berenang ketika itu saya baru sahaja dalam 10 bulan berhenti merokok. Jenis renang pertama yang saya belajar ialah freestyle. Sesi pertama sememangnya lah memenatkan sehingga kedua-dua belah kaki saya cramp. Keluar pada kolam kaki menggeletar kepenatan disebabkan belajar tendangan freestyle (Freestyle kick). Sesi pertama juga saya mempelajari cara bernafas ketika berenang iaitu menarik nafas dengan mulut, dengan laju dan kuat, dan mengembus didalam air dengan hidung dan perlahan. Ketidakbiasaan dan keadaan paru-paru yang baru sahaja hendak pulih dari nikotin lah yang menyebabkan saya termengah-mengah dan tidak cukup nafas.


Sejak sesi pertama kelas berenang, saya kerap berenang selang sehari atau dua hari paling lama di kolam renang berdekatan. Dan saya dapat merasakan yang badan saya semakin sihat dan segar. tidur lebih lena, nyenyak.. kerja lebih fokus dan tahan lebih lama.. masa berlalu begitu sahaja kerana leka melakukan kerja.. seronok untuk meletakkan target dan mencapai target. Saya menulis target saya didalam Planner saya. Ada satu ruangan iaitu " My Health Goal ". Untuk ruang renang bulan pertama saya target untuk berenang 50 meter tanpa henti. Kolam renang di Precint 6 Putrajaya mempunyai kolam saiz olimpik 50m. Disitulah saya mula belajar berenang. Permulaan belajar berenang saya hanya dapat melakukan hanya 12.5 meter atau suku kolam, itupun tercungap-cungap. Kini setelah 3 bulan berenang saya mampu melakukan 100 meter tanpa henti. Dan target saya akan ditambahkan kepada 200 meter, 400 meter dan seterusnya.

Relevennya habit merokok boleh dihentikan dengan habit berenang, kerana ketika saya berhenti merokok kawan-kawan saya belum semua berhenti merokok.. bekas perokok memabau rokok semestinyalah tergoda. Jadi dengan aktiviti berenang inilah akan menghindari saya untuk merokok kembali. Aktiviti Renang bagaikan Insuran bahawa saya tidak akan kembali merokok selamanya InsyaAllah. Dalam kotak fikiran " kalau aku beli rokok balik, petang ni aku nak berenang, nanti berenang semput pulak, takpayahlah merokok ". Ada juga kawan saya yang merokok tapi dia katakan dadanya tidak sempit.. mungkin baru merokok.. Wallahualam.

Saya harapkan semoga artikel saya ini dapat membantu perokok terutama nya Kawan-kawan saya yang saya hargai untuk berhenti merokok. Disiplin adalah atitud yang orang muda tidak perolehi tetapi setelah memperolehinya kita berharap kita kembali muda :)

Dan untuk pengetahuan, artikel Humanism adalah mengenai kesedaran Kerohanian, saya percaya sepenuhnya pada teori ini " Soul over Mind " Mind over Body " Sekiranya kita mempunyai kesedaran Rohani.. selesai masalah minda dan badan. Dari Nikotin ke Klorin (Rokok ke Kolam) adalah usaha saya untuk memaksimumkan keupayaan dan prestasi badan saya, untuk sihat. Supaya saya membuat pilihan yang tepat setiap hari saya membuat keputusan.

Salam.

No comments:

Post a Comment