Friday, December 13, 2013

Fitness Lifestyle pada pendapat aku

Fitness Lifestyle =  4/5 visit to the Gym per week , Caloric deficit intake, Food discipline, Cardio session,                                   Rest,  How healthy do you feel


Mengikut pemahaman aku, fitness lifestyle kat Malaysia ni makin popular, tapi tujuan kebanyakan orang yang serious dalam Fitness ni berlainan.

1. Bodybuilder                 
2. Power-lifter
3. Strongman
4. Sportsman 

Bodybuilder nak buat badan paling cantik, besar, v-taper.. selalunya bodybuilder memang fokus pada bodybuilding sahaja suka tengok cermin dan kurang pada sukan2 yg lain.

Power-lifter fokus pada PR atau Personal record, x suka tengok cermin sangat, addictive pada personal development.. workout powerlifter x sama macam bodybuilder.

Strongman lebih kurang dengan power lifter tapi event and competition lain dengan body builder dan power lifter.. orang yang tarik kapal terbang pakai rambut tu contoh strongman

Aku mungkin termasuk dalam kategori 4, aku bukanlah sportsman sangat tapi aku x de niat nak jadi macam 3 kategori kat atas. Tujuan aku nak improve kesihatan aku. tahun lepas masuk icu Bulan 5, 2012, bronchitis symptom. Masa dalam ICU Putrajaya tula aku Nekad lepas keluar nak hidup sihat, paling sihat selama aku hidup.
 
Aku memang dah lama main basketball, berenang dah 3 tahun, so Fitness lifestyle ni skill yang akubaru  nak adapt. aku just nak improve skill basketball dan swimming, tambah strength, stamina dan flexibility. Sekarang dah nak setahun serious dalam fitness ada lah beberapa kelemahan terserlah.


Gambar kat atas ni bulan 3, 2013. Baru lepas kawin akhir bulan 2. Sewa kat rumah yg dekat dgn Gym, boleh jalan kaki je smp gym. Belajar buat split workout, belajar tukar menu, bancuh protein. Sambil tu masih lagi main basketball dan swim. Tak cukup lah 24 jam sehari bagi aku.

Kelemahan aku ialah belum pandai jaga makan disiplin harian. Gambar kat bawah ni gambar terbaru dah naik 10 kg. Selera x dapat dibendung. Tapi strength develop. Sekarang aku nak focus on cutting phase, stamina, cardio banyak2.

Nak angkat berat banyak dalam gym sebenarnya senang. Lelaki memang auto ego mode. Kalau dah setiap minggu 4 kali x miss, confirm muscle develop.. tapi yang susah is jaga makan. Jumlah calorie perday, Macros : Carbs, Protein, Fat.

Pendapat aku Fitness lifestyle benefit dari segi Discipline yang memang aku kurang banyak. aku buat post blog ni pon untuk pastikan aku akan jadi better than sekarang. 
                            

No comments:

Post a Comment